Resepi Serunding Ikan Bilis Warisan Keluarga


.
Kiriman Cik Azriey Amrie (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)

Resepi serunding ikan bilis ini adalah kiriman cik Azriey Amrie. Cik Azriey dapatkan resepi ini dari opahnya. Memang sedap dan lazat serunding ikan bilis ini. Boleh dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Jom kita pelajarinya:

Bahan-Bahan Resepi Serunding Ikan Bilis:
1) 500 gram ikan bilis
2) 250 gram bawang goreng
3) 200gram kelapa kering
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 sudu besar gula
6) 1 sudu besar air asam jawa
7)sebiji bawang besar (tumbuk)
8) sedikt minyak utk menumis

Cara Membuatnya Resepi Serunding Ikan Bilis:
1) Sangai ikan bilis dan kelapa kering berasingan
2) Kisar ikan bilis, bawang goreng, kelapa kering berasingan
3) Tumis bawang yg ditumbuk.
4) Masukkan cili kisar… Tumis sampai naik bau..
5) Masukkan gula dan air asam jawa..
6) Masukkan ikan bilis yang telah dikisar, kelapa kering. kacau dgn api yang perlahan.
7) Masukkan bawang goreng yg telah dikisar.
8) Kacau smapai kering dan berwarna keperangan
9) Biarkan sejuk dan simpan dalam bekaskedap udara
10) Enak dimakan dgn nasi, nasi himpit, roti dan sebagainya..
Selamat mencuba…

Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie Kerana sudi berkongsi resepi serunding ikan bilis



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *