Resepi Kuih Makmur Special


.

Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com

Resepi kuih makmur kiriman Puan My1981. Resepi makmur ini ada 2 cara yang diberikan oleh Puan my 1981. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.

KUIH MAKMUR CARA PERTAMA
(Untuk Yang Sukakan Kacang)

Bahan-Bahan Resepi Kuih Makmur:

250gm kacang tanah
100gm gula kastor (boleh kurang/lebihkan-ikut citarasa masing2)
500gm tepung gandum
200gm ghee lembut (suhu bilik)
100gm susu tepung segera dutch lady(madu)-boleh ganti dgn susu kegemaran masing2)
100gm gula aising(boleh kurang/lebihkan atau abaikan jika tidak suka manis)

Cara Membuat Resepi Kuih Special Makmur :

1. Goreng kacang tanah tanpa minyak.buang kulit dan tumbuk kasar/halus mengikut citarasa masing2. Kacang tanah dalam resepi menjadikan kuih makmur lebih sedap.
2. Satukan kacang tanah tumbuk dengan gula kastor.gaul sebati.ketepikan.
3. Goreng tepung tanpa minyak untuk beberapa minit/sehingga gebu.
4. Satukan tepung dan ghee.uli sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit doh dan bulat2kan mengikut saiz yang anda suka.
6. Tekan sedikit doh dan letakkan sedikit kacang tanah tumbuk sebagai inti.
7. Tutup doh dengan kemas sehingga menutupi semua inti.
8. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 160 c. (masa dan suhu bergantung dengan oven masing2)
9. Sejukkan seketika dan golek/taburkan dengan campuran susu tepung dan gula aising. Siap kuih makmur anda.
.

RESEPI MAKMUR CARA KEDUA
(Untuk Yang Tidak Sukakan Kacang)

Bahan-Bahan Resepi Kuih Makmur:

500gm tepung gandum -goreng tanpa minyak
200gm ghee lembut
100gm susu tepung
100gm gula aising (boleh lebihkn kalau suka manis-ikut citarasa masing2)

Cara Membuat Resepi Kuih Sedap Makmur :

1. Satukan tepung gandum dan ghee sehingga menjadi doh.bulat2kan mengikut saiz yang anda suka.
2. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 160c (bergantung oven masing2)
3. Setelah kuih masak,sejukkan seketika.sementara itu,satukan susu tepung dan gula aising dlm 1 bekas.
4. Golek/taburkan campuran susu tepung sehingga menyelaputi keseluruhan kuih.Lebih mudah resepi ini untuk kuih makmur.

Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi mengirimkan resepi kuih makmur ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *