Resepi Kuih LIdah



.

Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com

Resepi Kuih LIdah kiriman Puan My1981. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.

Bahan-Bahan Resepi Kuih LIdah :
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (dr 1biji kelapa)
1 cawan santan/air (letak santan sikit2,klau doh dh ok,xperlu hbskan santan/air dr 1 cawan td)
1 sudu kecil garam (optional)
1 cawan gula melaka (boleh ganti dgn gula biasa)
1/2 cawan air

Cara Membuat Resepi Kuih LIdah :
1. Satukan kelapa parut dan garam.dalam bekas yang sama,ayak tepung pulut dan tepung gandum.gaul sebati.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahangikan kepada beberapa bahagian.lebih kurang 20-25 bahagian.
4. Ambil satu bahagian.bulat2kan dan gelekkan dgn tapak tgn sehingga menjadi sedikit panjang/lonjong. Bentuk kuih lidah memang panjang dan lonjong.
5. Kemudian,tekan2kan/leperkan doh.
6. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.angkat dan toskan minyak.
7. Satukan gula melaka dan air.masak sehingga pekat dan masukkan kuih ke dlm campuran gula melaka.
8. Gaul sebati sehingga gula melaka menyaluti kesemua permukaan kuih lidah.
9. Sedia utk dinikmati.Resepi ini memang mudah.

*Kuih lidah boleh jg di makan tanpa gula melaka/gula biasa yang dimasak.cuma taburkan gula aising dan sedia utk dihidangkan.

Terima kasih kepada Puan MY1981 kerana sudi mengirimkan resepi kuih lidah ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 12 Mar 2012 - Visited 1184 times, 4 so far today    No Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

Responses to "Resepi Kuih LIdah"

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.