Resepi Kek Pelangi Dlm Jar Utk Barang Hantaran Kahwin


Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Memang menarik resepi kek pelangi di dalam jar. Sesuai dijadikan barang hantaran kahwin. Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak masukkan kek dalam jar tersebut. Oh tak perlu masukkan, bakar je terus dengan jar sekali. Jom kita lihat resepinya
.

Resepi Kek Pelangi Dlm Jar Utk Barang Hantaran Kahwin

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar baking powder
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar esen vanilla
6 jenis pewarna

Cara Membuat Resepi Kek Pelangi Jar utk Barang Hantaran Kahwin
1. Langkah pertama pukul butter dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan telur putih dan esen, pukul lagi sehingga ia ringan.
3. Dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan pukul dengan perlahan sehingga ia bercampur sahaja.
4. Seterusnya bahagikan kepada 6 adunan dan setiap adunan dicampurkan dengan pewarna yang berlainan. Gunakan warna pelangi untuk resepi kek pelangi ini. Baru menarik barang hantaran kahwin anda.
5. Untuk kek rainbow dlm balang, masukkan adunan berwarna kedalam jar secara bertingkat.
6. Kemudian dibakar dengan meletakkan botol dlm bekas/dulang yang berisi air panas. Bakar dalam 15 minit pada suhu 180 C. Setelah masak dah sejuk, paipkan buttercream diatasnya dan tutupkan dengan penutupnya. Siap.

Hairul.com: Terima kasih Kak Raja diatas kiriman Resepi Kek Pelangi yang menarik ini. Memang sesuai dijadikan barang hantaran kahwin. Selamat mencuba.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Comments

  1. Maimunah Binti Mohammad says

    Di manakah saya boleh mendapatkan jar/botol yang tahan dibakar kerana saya berminat sangat untuk menjual kek sebegini bagi menambah produk kedai saya. Terima kasih.

  2. says

    Rimba sepetang mentari kelam,
    Kelam purnama mega terapung;
    Hamba datang memberi salam,
    Salam lama berhawa kampung.

    Tepi tasik kerisi diperam,
    Selera lokan di mana letaknya;
    Resepi unik isi di dalam,
    Cara makan bagaimana agaknya. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *