Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Cucur Udang dengan Kuah Kacang kiriman Cik Azriey. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Cucur Udang :
1kg tepung gandum
11gm yis
200g tauge
200g kucai (potong setengah inci)
200 g udang
100g udang kepal
Sedikit secukup rasa
Air
Serbuk kunyit
Cara Membuat Resepi Cucur Udang :
1. Bancuh yis dengan air. Kacau hingga yis larut.
2. Masukkan tepung. Gaul supaya tidak berketul. Jangan terlalu pekat/cair.
3. Masukkan serbuk kunyit, secukup rasa, tauge dan kucai.
4. Masukkan secukup rasa, udang kepal. Kacau sebati.
5. Biarkan kira-kira sejam (sampai bancuhan maik sekali ganda)
6. Letak sesenduk bancuhan atas sudip, letak seekor udang ditasnya dan goreng dgn minyak yg banyak hingga kekuningan
Bahan-Bahan Resepi Kuah Kacang:
1kg kacang tanah
2 batang serai
1 inci halia dan lengkuas (ambil air sahaja)
1 mangkuk air asam jawa
3 senduk gula
1/3 belacan
20 tangkai cili kering
20 ulas bawang kecil
3 senduk minya masak
Secukup rasa
Cara Membuat Resepi :
1. Goreng kacang tanah hingga kekuningan dan angkat
2. Goreng cili kering, bawang kecil, belacan hingga naik bau.
3. Blend serai, halia dan lengkuas (ambil airnya sahaja)
4. Mesin semua bahan diatas dan satukan dalam mangkuk.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yg telah siap dibancuh tadi.
7. Kacau hingga pecah minyak dengan api yang sederhana.
8. Masukkan gula, secukup rasa.
Enak dimakan dengan cucur udang, pecal dan sebagainya
Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi mengirimkan Resepi Cucur Udang dengan Kuah Kacang ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
akubiomed says
Cucur udang antara kegemaran. Teringat ketika sekolah cucur udang dijual 20sen sepinggan di kantin sekolah. Sekarang mana dapat. 🙂
Hairul Hissam says
Hari tu saya beli kat bazar, 50sen cucur udang.. tak de sos plak tu… balik baru perasan tak de sos 😀
Rani says
nak tanya 2.1/8 yis tu macamana
Hairul Hissam says
saya dah betulkan cik rani.. selamat mencuba dan terima kasih kerana bagitaw…