
.
Pernah makan sagun tak? Kalau tak pernah, memang rugi lahhhhh. Inilah antara makanan kegemaran saya masa kecik-kecik dulu. Biasa dibungkus dalam plastik kecil panjang seperti straw. Rasanya memang sedap. Sekali makan, mesti nak lagi beb. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun sukakannya.
Anda cukup bertuah. Memang bertuah. Kerana seorang peserta program resepi dapat duit berkongsi resepi sagun special ini. Masih ingat lagi tak programnya di www.kongsimasakan.blogspot.com anjuran blog hairul.com. Dan kini saya akan buat semula resepinya dengan panduan bergambar cara membuat sagun. Emak saya kata “Dulu atuk ada jual sagun nie, tapi resepinya tak de pulak letak tepung pulut. Hanya guna tepung beras je”.
Ok. kali ini kita akan cuba resepi dari Kak Raja iaitu pemenang Program Resepi dapat duit anjuran blog hairul yang lepas. Jom kita buat resepi sagun ini.
.

.
RESEPI SAGUN
200gm Tepung Beras
50gm Tepung Pulut
1 Biji Kelapa Parut
100gm Gula pasir
Secubit Garam
Memang simple resepi sagun ini.
.
CARA MEMBUAT SAGUN
.

Langkah 1: Panaskan kuali terlebih dahulu. Jangan letak minyak dan pastikan kualinya telah kering. Kemudian masukkan sebiji kelapa yang telah diparut. Seterusnya sangai atau masak kelapa parut tanpa minyak. Masak sehingga kelapa parut tersebut kering dan garing seperti gambar disebelah kanan. Angkat dulu kelapa parutnya dan basuh kuali. ![]()
.

Langkah 2: Panaskan kuali yang baru. Jangan letak minyak dan pastikan kuali telah kering. Seterusnya masukkan 200gm tepung beras dan 50gm tepung pulut. Masak dalam 10 minit sahaja. Tepung tidak akan berubah warna. So masak dalam 10 minit sahaja.
.

Langkah 3: Seterusnya masukkan kelapa parut yang telah disangai tadi dan masukkan juga 100gm gula pasir dan secubit garam. Kacau hingga sama rata dan sebati. Kemudian matikan api.
.

Langkah 4: Kita perlu kisar sagun dengan pengisar. Ok. kisar sekejap je dalam beberapa saat je. Jangan lama sangat. Kalau tidak, nanti ia halus sangat dan kurang enak dimakan. Jika terlalu halus, boleh menyebabkan anda tersedak-sedak ketika memakannya. Dannnnn SIAP.
Mudah kan cara membuat sagun. Wah lepas nie, bolehlah anda jual sagun di depan rumah je. Alaaaa pack je pakai apa-apa plastik kecil. Janji boleh jual. Boleh buat duit raya tu. he.he.he. Psssssttt: Kalo suka Resepi Sagun ini, kliklah button LIKE..

















Salam, Alhamudillah moga-moga diberkati oleh ALLAH, En. Hairul terima kasih krn sudi berkongsi resepi yg sampoi ni… I like it! Anyway I akan try resepi ni, TQ.
Tima kasih en faudzi.. mmg sempoi je resepi nie. Dan yg bestnya boleh buat duit kan….
memang tulah makanan kegemaran aku kecik dulu,,,dulu mana ada KFC dan Mc Donald kan,,biasalah duk kampung jauh kat ganu…jadi memang makan saun jer..lemak..
Tentu mengimbau kenangan lama kan En hatiputera… Rasanya sagun lagi best dari kfc kan..
wahh..sagun!!! nak sikit!!
buatlah sendiri..he.he.he… puas makan nanti
Wah, memang suka makan masa kecil ni
Sekang pun masih ada dijual kat kampung
Kat bandar mmg jarang nampak en. tehr.. boleh juga supply kat kedai-kedai.. mesti laku..
Best! Sempoi jer resepi dia.
Insyaallah saya akan cuba buat untuk bisnes.
Tengok boleh berjaya tak kat Tmn Cahaya ni, nanti barulah boleh dikembangkan ke tempat lain pula.
Terima kasih Cik Hairul
Mmg simple resepi nie… Kalo supply kat kedai-kedai… confirm budak-budak dah tak pandang coklat apollo… Semoga berjaya puan shasha…
Senangnya buat sagun ni.Memang kesukaan saya masa budak2 dulu.Sekarang pun suka.Makan dalam plastik ais krim.Kadang2 tersedak makan kalau gelojoh.Tersedak sambil bercakap 2 biasalah.
Sebab tepung tu yg buat tersedak
. Tapi tulah kelainan dan keseronokan makan sagun nie kan En Tarmizi..
makannan zaman kanak2 aku nih
Salamlah kita
salam… wah, makanan otai ni… budak2 mesti suka… boleh cuba ni…
Wsalam.. kalo jual nie cik azriey.. confirm laku.. berduyun bebudak berebut..
haah kan? bolehlah cuba…
semoga berjaya ya…
Perlu makan dengan jumlah sedikit kalau tidak boleh tersedak jadinya.
Betul tu.. kena makan pelahan-pelahan.. kalo tak mau tersembur kan en akubiomed..
dulu time sekolah rendah selalu gak bli peket2 kecil..hehe
samalah saya.. syok kan makannya bro..
semudah kacau blaned sahaja..mmg mudah
Mmg mudah kan cik suri.. wah.. dah boleh buat bisnes depan rumah cik suri.. try la. .mesti byk untung.. silap haribulan boleh supply kat sekolah lagi..
suka, masa sekolah rendah dulu, mmg suka sgt2.. nanti nak try lah, tahnks hairul..
kongsi resepi tu macam best je.. hari tu tak dapat join..
Oh tak mengapa cik fieza… kuiz suka-suka je utk memberi manfaat kpd pembaca…
assalam en hairul
tq erk share
teringat kat zaman sek rendah dulu2……
smg diberkati ALLAH TAALA
Wsalam cik geenana…. zaman kanak2 kita dulu mmg byk dijual sagun nie..
zaman sekarang kurang lah dijual….. masih boleh dipopularkan semula kan.
ini jual kat budak sekolah, mesti laku nih.
Kalo free.. tunggu depan sekolah. Pakei moto je pun boleh.. jual sagun.. Mesti ramai budak sekolah yg beli… pastu boleh tambah-tambah lagi dengan bun coklat mini ke.. perghhh..byk untung tu..
Dappnya. Time kck2 dulu slalu mkn. Lgpun dulu arwah nenek ada jual gak.
Thnx hairul. Bleh la chii try buat. Lgpun susah nk jmpa kt sini
Mmg dah jarang nampak sagun nie cik chii.. Best kalo dapat buat sendiri kan… selamat mencuba.
selalu makan masa kecil-kecil dulu. sedap. manis!
Mmg sedap kan
memang sedap sagun ni teringat zaman sekolah dulu dulu
Kenangan yg tak mungkin dilupakan “makan sagun….”
Kakak nak tunjukkan kepada adik kakak resipi ni. Mudah-mudahan dia dapat menambah pendapatan dengan menjual di koperasi sekolah anak-anaknya dan kakak nak buat juga untuk Hari Raya. Terima kasih En. Hairul.
Bagus tu kak liza.. tambahkan pendapatan lagi dgn bisnes sagun ini.. InsyaAllah menguntungkan…
thank dgn resepi sagun tu . nanti saya nak cuba .
selamat mencuba dan semoga berjaya…
wahh bestnya sagun, saya suka sgt sagun..terima kasih kerana berkongsi
tima kasih kembali.
Sya pun makan sagun ni masa kecik dulu jer. skrg tak pernah jumpa lagi. Rupanya bahan2nya mudah didapati didapur.
Betul tu.. susah nak jumpa sekarang nie kan cik mekar
saya mmg tengh cari resepi pon time kasih sbb sudi brkongsi resepi yeee…:)
selamat mencuba..