Resepi Sup Bihun Utara Paling Sedap


.

Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com

Resepi bihun sup utara ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.

Ada 4 BahagianResepi Resepi Sup Bihun Utara
1. Bihun
2. Kuah
3. Sos
4. Hiasan dan hidang

Bahan Bihun
1 paket bihun
1st kunyit serbuk
2sb minyak

Kuah untuk resipi sup bihun
300 g daging dan tulang lembu
1 rempah sup bunjut
4 bwg merah
2 bwg putih
2cm Halia
1sb lada hitam
1 paket rempah (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Garam n tumix

Sos Kicap – kicap, cili api, asam jawa
Sos merah – 10 tangkai cili kering, bawang putih, sos cili, cuka, gula

Hiasan – daun sup, bawang goreng, cili merah, limau kasturi

Cara Membuat Resepi Resepi Sup Bihun Utara
1. Bihun direndam dlm air mendidih, masuk 1st kunyit serbuk n 1 sb minyak. Gaul rata, tos dan ketepikan
2. Masak daging/tulang dgn air dan rebus sampai lembut.
3. Dlm kuali, tumis bwg2 dan rempah dgn minyak yang sedikit hingga naik bau
4. Masukkan daging/tulang serta air rebusan.
5. Masukkan sup bonjot, garam n tumix. Keluarkan sedikit daging dan tos. Ketepikan
6. Cili kecik ditumbuk bersama bwg putih dan masuk dlm mangkok berisi kicap. Ltk asam jawa sikit. Ketepikan sos kicap ni
7. Untuk buat sos merah, panaskan minyak dan tumis bwg putih yg dah dikisar bersama cili kering. Masukkan sos cili n 1 st cuka, gula, garam.
8. Masa menghidang, masukkan bihun dlm mangkok, letak sedikit daging. Tabur daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan hirisan cili merah
9. Masa nak mkn barulah tuang kuah sup dan sos kicap n sos merah. Siap.

Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja  kerana sudi berkongsi resepi sup bihun utara



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:


Facebook Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *