Resepi Ayam Goreng KFC Paling Rangup

resepi ayam goreng

Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com

Resepi Ayam Goreng KFC ini adalah kiriman Kak Raja. Tentu ramai yang meminati ayam goreng seperti di KFC. Rasanya yang rangup dan menyelerakan. Kelazatannya memang tak terkata. Tapi tentu lebih puas dan berkhasiat jika dibuat sendiri di rumah. Boleh makan sepuas-puasnya.

Di dalam artikel ini saya telah sediakan resepi untuk membuat ayam goreng kfc dari kiriman Kak Raja. Rasanya lebih sedap dari ayam goreng di kfc. Jom kita pelajarinya.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng KFC

1/2 ekor ayam (potong 8)
2 cawan tepung kentucky (ade jual kat pasaraya)
1 cawan breadcrumbs yang dibeli di kedai bahan bakery.
2 sudu besar jus lemon
3 biji telur
sedikit garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
sedikit Cili serbuk

Cara Membuat Resepi Ayam Goreng KFC

1. Mudah sahaja membuat resepi ayam goreng kfc nie. Gaul ayam dgn jus limau, 1 biji telur, lada putih, garam dan 1/2 cawan tepung kentucky.
2. Perap dalam peti sejuk chiller selama 1 jam
3. Masukkan ke dalam 3 mangkok berbeza iaitu 1. tepung kfc, 2. Telur, 3. breadcrumbs (masukkan serbuk cili ikut suka bagi menjadikan ayam goreng kfc lebih pedas atau spicy).
4. Ambik seketul ayam, lumur dengan tepung. Kepal atau tekan kuat2 supaya tepung melekat kat ayam. Seterusnya celup dlm telur. Lps tu golek kat breadcrumbs pula
5. Terus goreng ayam dalam minyak yang banyak (deep frying) dan betul-betul panas.
6. Bila ayam goreng kfc dah agak perang, tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api. Ia menjadikan ayam goreng kfc masak sekata.
7. Biar ayam benar-enar masak baru angkat dan tos
8. Hidang ayam goreng semasa panas-panas bersama kentang lecek/putar atau makan begitu sahaja.

Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi ayam goreng kfc ini


Email Rakan Email Rakan   

Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga
Artikel Special Blog Ini:

KOLEKSI TESTIMONIAL BISNES MAKANAN
(Klik Arrow Kanan Utk Testimonial Seterusnya)


Artikel Menarik Blog Ini:

Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja


Belajar Bisnes Bun, Pau & Pizza (Klik Sini)


Belajar Bisnes Kek Harijadi (Klik Sini)


Bisnes Putu Piring, Bambu & Mayam (Klik Sini)


Bisnes Air, Dadih & Dessert (Klik Sini)


Bisnes Roti Canai & Murtabak (Klik Sini)


Bisnes Aneka Cakoi & Donut (Klik Sini)


Bisnes Aneka Taufufah & Air soya (Klik Sini)


Bisnes Buat Website & Grafik (Klik Sini)


Artikel Gempak Blog Ini:


Comments

  1. says

    Sukanya saya akhirnya rahsia resepi tepung goreng ala KFC sudah diketahui.

    • Hairul Hissam says

      Abislah KFC… rahsia resepi ayam gorengnya terbongkar…. πŸ˜€

    • harlina bt mahmood says

      Salam en.Hairul , makcik dah cuba petua untuk kempiskan p.erut .alhamdulillah adalah kesannya…..terima kasih banyak2. kini makcik dah sampaikan ilmu tersebut kepada rakan2 terdekat.

      • Hairul Hissam says

        Tahniah puan harlina, semoga dapat mengurangkan masalah perut buncit puan πŸ˜€

  2. lieza says

    sedap..lps ni tak pyh lagi g kfc..jimat2..tq hairul

    • Hairul Hissam says

      Mmg jimat kan cik fieza buat snediri ayam goreng nie.. resepi nya pun mudah.. πŸ˜€

    • Hairul Hissam says

      Rugi kalo tak cuba resepi ayam goreng kak raja nie brother.. πŸ˜€

  3. says

    macam sedap jer macam lazat jer….
    InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin mencuba resepi ayam goreng ini.
    terima kasih sudi berkongsi resepi ^_^

    • Hairul Hissam says

      InsyaAllah sedap.. tak cuba tak taw . heee
      selamat mencuba..

  4. ana says

    tima kasih atas resepi ayam goreng kfc tersebut, insyaallah ada masa nak cuba buat….mesti nak cuba buat………

    • Hairul Hissam says

      selamat mencuba πŸ˜€

  5. Selvarajah Murugesan says

    nampak senang cara membuat. Nanti I cuba buat untuk anak. Tkasih hairul

    • Hairul Hissam says

      SElamat mencuba..mesti keluarga sukakannya πŸ˜€

  6. jeffery says

    semuga dimurahkan rezeki ….resepi yang sedap-sedap!!

    • Hairul Hissam says

      selamat mencuba πŸ˜€

  7. Maiza says

    Syukran en.hairul…saya dah buat ayam goreng ala kfc tu.
    Memang rangup dan sedap dan kalau nk pedas letak serbuk lada kit…makan pun puas. Kalau gi mkn kat kfc maunya rm50..hihihi…
    Syukran atas resepinya.Terbaik.

    • Hairul Hissam says

      terima kasih kerana sudi bagi maklumbalas ttg respi ayam goreng kfc nie… tentu lebih ramai ingin mencubanya nanti.. tqvm

  8. delliema says

    Salam,
    Sy nak bertanya, breadcrumbs tu nak guna yang warna kuning ker atau putih? Coz breadcrumbs ni ada 2 jenis, breadcrumbs kuning dan breadcrumbs putih..resepi ini guna yang mana? Atau pun mana2 pun boleh asalkan breadcrumbs..;)

    • Hairul Hissam says

      masa kerja masak dulu, guna yg kuning… πŸ˜€

  9. says

    rupanya kena letak breadcrumbs juga. terima kasih atas resepi

    • Hairul Hissam says

      Yap, breadcrumbs menjadikan ayam goreng lebih rangup mcm kat kfc..

  10. hazlina binti haji buddin says

    Sedap la…saya da cuba buat…lepas ni tak yah da p k.f.c…buat sendiri lg bgs…tima ka c en hairul…

    • Hairul Hissam says

      Lepas nie, hari2 boleh makan ayam goreng ala kfc. heee

      • Nadia says

        Serbuk cili tu nk cmpur kat mana? Tepung, telur atau breadcrumps?

        • Hairul Hissam says

          Boleh campur kat tepung ayam goreng kfc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *