Pinjaman Perumahan Saya Berjaya | Tima Kasih RHB Bank



.

Hari ini, hari yang paling mengembirakan buat saya. Hari yang paling bertuah. Yess, pinjaman perumahan saya dah berjaya. Alhamdulillah, Allah s.w.t mempermudahkan urusan saya. Berkat doa emak yang baru balik umrah kot.

Baru je tengahari tadi selesai tandatangan semua dokumen untuk pinjaman perumahan dengan pihak RHB. Tima kasih tidak terhingga buat En Muhamad Hafiz Ariffin, staff RHB Bank cawangan Johor Jaya yang sangat peramah. Best la brother nie. Next week saya kena jumpa lawyer untuk sign S&P dokumen. Lagi dua bulan, boleh lah masuk rumah sendiri. Yahoooooo. Syukur alhamdulillah.

Kisahnya bermula pada awal tahun nie. “Hairul, adik kau bulan sebelas nie nak bersanding. Mak ingat nak jadikan bilik kau tu sebagai bilik persandinganya”. Dalam hati saya, kalo macam nie. Susah sikit la saya nak run bisnes online. “Ala kau duduk la bilik adik kau”. Fikir punya fikir, elok beli rumah sendiri. Lagipun saya ada plan nak buat bisnes offline.

Bermulalah episod mencari rumah sendiri. Berbulan-bulan juga mencari. Tiada yang berkenan dihati. Akhirnya terjumpa satu iklan di mudah.my. TQ so much mudah.my. Iklan tersebut dari owner rumah tu. Rumahnya empat bilik tidur dan dua bilik air. Tengok pun dah berkenan.

Saya terus dapatkan alamat rumah dan ke bank untuk mengetahui nilai rumah tu. RHB bank beri nilai rumah tu RM130k sebab lot bumiputra. Kalau lot international boleh naik sampai RM150k. Dan rumahnya bukan di JB tapi di Kulai. Rasanya kalau di JB, tak dapat dengan harga RM130k. Walaupun terletak di Kulai, perjalananya setengah jam je dari JB ikut highway.

Selepas dapat nilai rumah, barulah saya negotiate harga dengan tuan rumah. Alhamdulillah tuan rumah sedia kurangkan harganya kepada RM130k. Seterusnya saya apply pinjaman perumahan di RHB dan CIMB. Alhandulillah Kedua-duanya berjaya. Cuma CIMB boleh bagi loannya 80% dari nilai rumah. Manakala RHB 90% dari nilai rumah. So mestilah saya pilih RHB.

Dokumen bank yang diberikan ialah salinan ic saya, salinan geran rumah dari pemilik rumah, 6 bulan bank statement, sijil pendaftaran perniagaan, income tax bisnes online dan penyata pendapatan bisnes online. Nasib baik la ada declare income tax untuk tahun 2011. Kalau tak, susah juga. Panyata pendapatan bisnes, saya buat sendiri. Siap bagi tracking number penghantaran pembeli. Walaupun cawangan bank tak minta tapi saya rasa perlu untuk menyakinkan HQ bank.

loan

Inilah dokuman dari pihak RHB bank. Loan 90%. So saya kena bayar lagi RM13k cash kepada tuan rumah. Valuation fee RM600. Untung betul valuation punya olang. Cakap kat phone je dah dapat RM600. Bayaran lawyer loan pun boleh tahan, RM3k. Hanya buat dan hantar dokumen, dah dapat RM3k. Itu belum masuk lawyer S&P. Perghh. Senang betul kerja lawyer nie. Dan insurans tafakul RM2.5k. Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal pada saya, pihak insurans akan bayarkan rumah tu.

Semasa saya survey rumah, saya dapati ramai broker rumah menggunakan RHB bank. Oh rupanya pihak RHB lebih mudah meluluskan loan dibandingkan bank lain. Dan urusannya lebih smooth dari bank-bank lain. Kalau duduk di JB. Elok guna RHB cawangan Johor Jaya. Brother Muhammad Hafiz memang peramah la melayan customer. Semoga artikel bermanfaat ya.

p/s: Rumah yang saya beli nie bukan rumah baru dari pemaju tapi rumah terpakai dan owner rumah tu. Rumahnya kurang 10 tahun didiami.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 04 Jul 2012 - Visited 20042 times, 29 so far today    63 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

63 Responses to "Pinjaman Perumahan Saya Berjaya | Tima Kasih RHB Bank"

  1. tehr says:

    wah, tahniah
    selamat naik rumah baru

    aku tiada pengalaman beli rumah sebab rumah yang ada ni kami buat sendiri [beli tanah dan upah orang buat]

  2. chii says:

    wahh..tahniah..boleh la dikongsikan gambar rumah tu skali..nak gak tgk rupa rumahnya :D

  3. Cikgu Hairul says:

    RHB memang mantap buat kerja. Rumah pertama saya guna RHB memang cepat je lulus. Rumah kedua guna CIMB, macam2 songeh dia nak. Kenapa RHB tak bagi percuma legal fee tu ye? Saya rasa kalau rumah harga atas 100K legal fee tu dia bagi free je.

    • Hairul Hissam says:

      Mmg terbaik RHB kan..Eh ye ke legel fee utk rumah atas 100k free.. Sebab byk juga cawangan cimb, rhb dan broker rumah yg guna RHB saya tanya… Semua kata mmg kena bayar legal fees.. Tak tahulah kalo mereka dah upkan lagi harganya atau ada pakej khas :D

  4. tahniah bro..dh ade rumah sendiri..rhb johor jaya ker?..ok leh riki2 pas ni..hehe

  5. anif says:

    Tahniah. Dan bermulahlah komitmen kewangan yang agak berat ni. Semoga semuanya smooth!

    • Hairul Hissam says:

      Betul tu En anif.. satu komitment yg perlu diuruskan dengan baik. Duit standby dan bisnes offline kena get ready jika bisnes online nie drop… Semoga semuanya smoooottthhhhh.. aminn.. :D

  6. akubiomed says:

    Tanniahlah sudah ada rumah sendiri. Apabila sudah berkeluarga ada tempat untuk isteri dan anak berteduh.

  7. suri says:

    130k mahal juga bro… sy ejen jualan tanah rumh kilang bagai dpt agak berpa kira2nya heeee..

    btw ada rumah sndri kita lebih selsa dri duduk dg kluga yg adik2 sedia utk mmbesar hee

    • Hairul Hissam says:

      Dah ramai sangat agen broker rumah. Cari keja lain je la .he.he.he..
      Yap. mudah sikit nak buat decision kat rumah sendiri kan :D

  8. suri says:

    alhamdulillah satu hasil yg berbalio mmg ras apuas di hati.tu nmpk benar bro suka masa terbetikan entri ini heee…

    blh bt kendri kecil2 utk rumah tu ski dg kenduir nak smabut puasa ni

  9. titan says:

    wahh..dah ada rumah baruu..

  10. Mekar says:

    tAHNIAH Hairul..

    Rumah dah ada. Nampaknya lepas ni kena cari “orang rumah” pula. hehe.. (jgn mare).

    • Hairul Hissam says:

      he.he.he.. nanti saya tampal iklan.. “Orang Rumah diperlukan.. ada yg berminat tak”.. ha.ha.ha

  11. shani says:

    Tahniah, dah dpt beli rumah sendiri, seronok nyer dengar….saya pun blm ada rumah sendiri lg, info ini amat berguna utk rujukan saya..tq

  12. suri says:

    TIMA ?? terima heeee…bro dh siap2 ke ruamh baru tu utk diduduki?

    • Hairul Hissam says:

      Org johor moden.. kata tima… he.he.he..
      eh.. nie bukan rumah dari pemaju.. nie beli dari owner..
      kalo dari pemaju, mana boleh minta kurang….. :D
      so kena tunggu proses tukar hakmilik. Bank kata paling lambat pun dua bulan…

  13. Cik Anna says:

    Hairul, interest RHB tetap atau berubah2???

    • Hairul Hissam says:

      ada juga tanya kat RHB.. semua interest mana2 bank akan berubah2.. tapi perubahannya tak dela ketara kecuali bila kegawatan ekonomi… cuma islamic loan ada had maksimumnya..

  14. fiezaradzi says:

    tahniah. tahniah.. dah de rumah sendiri.. bagus.. bagus.. rhb mmg senang sikit skg ni.. biasa lau rumah lama (subsale) mmg kena bayar dlm 10-15%, bergantung lah kan..

    apa pun, tahniah sekali lagi..

    • Hairul Hissam says:

      tima kasih cik fieza…. tak sabar nak masuk rumah sendiri …. rumah tu baru je 6 tahun diduduki.. Yg untungnya rumah subsales nie boleh cepat masuk tetapi risiko boleh kena ditipu… :D

  15. den says:

    salam tuan,

    salam tuan, saya berhajat untuk membeli rumah second hand dalam lingkungan harga RM 180,000. berapakah total kos termasuk lawyer, S&P dan y len len?lawyer kita kita cari or bank provide?

  16. gloryatie says:

    tumpang tanya ye…
    pinjaman berapa tahun?
    berapa sebulan kena bayar?
    thanx

  17. Min says:

    boleh saya tahu berapa BLR dan interest untuk home loan ni?

    • Hairul Hissam says:

      Utk Islamic Bank tiada BLR.. dia panggil IBR.. IBRnya 6.6percent.. dan ditolak dgn fixed rate 1.8percent. so jumlahnya: 4.8 percent.. tapi IBRnya akan berubah mengikut keadaan semasa..

  18. sha says:

    Salam.hi bro.just nak tanye.mase awk g bank sbb nak org bank nilai harga umah tu,awk hant bawa copy iklan kat mudah.com tu ke?n mmg trus g rhb johor jaya tu ea?

    Terima kadih.:)

    • Hairul Hissam says:

      Oh tak perlu. Saya cuma bagitahu info tentang rumah tu
      Dibawah ini info yg perlu diberikan
      1. Alamat rumah
      2. ada renovate atau tiada
      3. keluasan rumah dan berapa bilik
      4. lot bumiputera atau international
      5. pajakan atau pengangan bebas

      ya, saya buat pinjaman di rhb johor jaya.. cari en. hafiz..
      menurut en hafiz pinjaman atas 100k lebih rendah interestnya dibandingkan pinjaman bawah 100k.

  19. man says:

    salam tuan,

    agak2 kalau gaji bersih rm1800 brapa loan boleh dapat? rhb ni ada tgk ke rekod ctos or ccris macam bank2 len? nak beli rumah tapi blur2 lagi…huhu

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam tuan, saya kurang pasti pula. Elok tanya direct di cawangan RHB. Tiada masalah untuk berjumpa dengan pegawai mereka untuk mendapatkan nasihat :D

  20. suzy says:

    Salam,

    En. Hairul, sy ada tanya 2 loan bank. 1 bank islam, 1 bsn. pd mulanya 2-2 bank bg sy -2.00. bile loan dah approve, bank islam bg -1.70 sahaja menjadikan 90% drpd 135k setiap bulan(35 tahun) ialah 620.41 (tp bank islam kata fixed rate, sampai bulan ke 420 bayar 620.41), manakala bsn sy ambil islamic gak, dia bg -2.00 menjadikan 90% drpd 135k setiap bulan(35 tahun) ialah 603.00. tp dia x fixed even islamic. pegawai tu kata loan bsn islamic, floating. ikut keadaan ekonomi. tp ramai yg kata loan islamic mmg fixed rate, x kire apa jadi. tp sy ada dgr dr seorg kwn sy, dimana kawan sepejabat dia yg ambil cimb islamic, installment dia x fixed juga…
    sy dlm proses nak sign letter offer..cuma sy x tau nk wat pilihan mana…boleh x en. hairul bg sedikit pandangan pada sy..benarkah bank islam yg mengatakan rate dia fixed sampai habis byr tu betul wlu keadaan ekonomi merosot? sekian, tqvm.

    • Hairul Hissam says:

      wsalam, setahu saya dari rhb bank, rate -1.7 atau -2.0 tu yg fixed tapi Islamic Bank Rate (IBR) berubah. Mcm di rhb IBRnya 6.6 dan fixed rate -1.8. So kadar interestnya utk pinjaman saya ialah 6.6-1.8 = 4.8. IBRnya akan berubah. Elok double check dgn bank islama samada bayaran 620.41 tu fixed atau yg dimaksudkan -1.7 tu fixed. Tapi kalo betul byrn 620 tu fixed, elok ambil yg tu :D

      • suzy says:

        TQVM En. Hairul…sy try kol 2 org pegawai yg menguruskan housing loan dr bank islam tp mereka bg sy jawapan yg berbeza. yg wanita kata, fixed sampai bulan yg ke 420..maksudnya sampai habis. pegawai lelaki lak kata “mana ada bank yg menawarkan fixed rate”…waaaaa…sy pun x tau nak percaya ckp siapa…dah lah owner rumah yg saya beli tu x sabar2 nak jual rumah dia….

        • Hairul Hissam says:

          Biasanya fixed rate untuk loan kereta sahaja. Mungkin ada kesilapan penerangan dari pegawai bank. Setahu saya IBR mmg akan berubah2 tapi perubahannya tak lah jauh ketara.. :D

  21. hairi says:

    salam
    ck hairul installment setiap bulan tetap ke sehingga 30 tahun atau ade perubahan ??
    sebb sy ade tye cimb die punnye installment xtetap ,die akan bg thu jika ade peruahan tengtg interest.die berpandukan bank negara..

  22. rainie says:

    Bisnes offline apa ye. Boleh ajar x?

  23. Ucop says:

    Sy dok kL, dan sy tgh nak beli rumah. tapi loan belom approve mane2 lagi. da try Cimb Bank, tp reject.
    Sy beli dgn Agent. Loan X taw mane2 lagi,,tapi agent dok paksa sy sain borang SnP. Siap suroh byr Ballance !0 Percent + bayar SNP pd Lowyer agent Lak..

    1) Mcm mane sy nak wat supaya Deposit sy x Burn!! Pening..?? x_x Agent mcm nak main duit lak ngan sy..
    2) Agent Ckp, Lau sy wat deckline latter, sy kena Denda.. Btol kew??

    • Hairul Hissam says:

      Nasihat saya jangan sign apa2 dokument dan minta nasihat dari pihak bank di atas masalah ini. Mereka mmg tak boleh denda sekiranya en. Ucop tak sign apa2 dokumen. Nak lagi bagus, elok ke tribunal tuntutan pengguna. Mana taw boleh dapat balik deposit.. Mereka takut sikit dgn tribunal pengguna ini

      Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
      Aras 5, Podium 2,
      No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62623 Putrajaya.

      Toll Free : 1-800-88-9811
      Telephone No. : 03-8882 5822
      Fax No. : 03-8882 5831

  24. Fida says:

    Salam. En hairul, sy nk tny berapa lawyer fee n s&p yg en hairul kena byr pd lawyer utk hrga rumah 130k tu?

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. yg pihak bank cover RM3 ribu spt dalam gambar artikel.. dan yg kena tambah sendiri, saya tak ingat…. :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.