Petua Mencegah Rambut Beruban Dan Gugur Secara Tradisional


.
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Memang ramai mengalami masalah rambut beruban ini. Salah satu puncanya ialah dari bahan kimia di dalam minyak rambut. Bayangkan setiap hari kita menggunakan bahan yang merosakkan rambut kita sendiri. Oleh itu, lebih baik menggunakan petua tradisional ini yang lebih sihat seperti yang dikongsi oleh Cik Tie dibawah.
.

Petua Mencegah Rambut Beruban Dan Gugur

Umie Cik Tie dah 60 tahun, tapi alhamdulillah rambut nya tetap hitam berkilat tanpa satu uban pun. Pernah juga Cik Tie intai2, apa rahsianya. Nak kata dia pergi saloon, warnakan rambut, jangan mimpilah. Syampoo kat rumah pun jarang pakai uhuhuhuh. Puas bertanya, akhirnya…..kat sini Cik Tie akan kongsikan petua senang dan mudah untuk mencegah rambut beruban dan gugur.

Cara paling berkesan, selain mengekalkan kehitaman rambut, ianya juga baik untuk kesihatan rambut dari akar hingga hujung rambut. Mudah je…tumbuk atau lagi senang kisar je daun inai hingga lumat, kemudian sapu diseluruh rambut hingga ke akar, biarkan beberapa minit dan bilas hingga bersih. Tapi sekarang ada siap jual kat kedai, inai dalam tiub, so bolehla cuba ye, lebih baik dari pewarna di saloon. Tapi mungkin baunya la kurang menyenangkan. Tapi takpe, baunya seketika je, tapi kesan penjagaan rambut tu yang berkekalan (*,*). ~ nasib baik kat belakang rumah Cik Tie ada pokok inai uhuhuhu.

Bagi penggemar buah betik, ini berita baik! Dah makan betik tu, bijinya simpan, jemur hingga kering. Lepas tu goreng biji betik tu tanpa minyak dan tumbuk hingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Hah! Apa lagi jadikan sebagai minyak rambut menggantikan minyak rambut lama. Lagi murah, jimat dan insyaAllah petua dapat mencegah rambut beruban dan gugur.

Petua tambahan, boleh juga bancuh asam jawa dengan santan dan tapis airnya. Kemudian lumur di seluruh rambut sebelum tidur. Balut dengan kain dan bilas hingga bersih keesokkan harinya. Kalau semua petua di atas tu susah nak buat, ada yang paling senang, dengan mengamalkan mencuci rambut dengan air kelapa tua. Selamat mencuba (*,~).

Selain tu Cik Tie nak bagi petua paling penting. Elakkan rambut dari bahan2 kimia seperti syampoo dan pewarna. Maklumlah sekarang semua gila fesyen, ada yang rebondingla, warnala dan tak lupa juga yang suka buat kerinting rambut (perm). So seboleh2nya elakkan dari semua ni, selain mempercepatkan uban, ia juga menyebabkan rambut cepat rosak dan reput. Atara rahsia penting yang umie Cik Tie amalkan ialah, dia jarang syampoo rambut uhuhuhu… maybe sebulan sekali je kot, penat kami adik beradik membebel. Tapi dia gantikan syampoo tu dengan menggosok kulit kepala dengan limau nipis, so tetap harum dan wangi gitu!!

Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie kerana sudi mengirimkan petua tradisional keluarga yang bermanfaat ini. Semoga dapat membantu anda mengelak rambut dari beruban dan gugur.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    saya tahu pasal inai sb org belakang rumah saya dia ada pakai heee… skrg tak tahu dia guna lagi ke tak kaedah ini.

    ada sati lagi jual dlm kotak warna biru sy lupa jenama dia tpi mg inai dari india. dia bagus utk baikpulih rambut bercabang.

  2. says

    Terima kasih…info yang menarik…mmg penah dgr tips psl inai sblom nie…tp xpenah lak nak try…bole la cuba kat rambut suami…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *