Petua Cara Menghilangkan Panas Badan Makan Durian


.
Petua ini kiriman Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah

Biasanya setiap kali musim buah durian mungkin kita semua tidak ketinggalan untuk membeli buah durian. Rasanya sungguh sedap sehinggakan kita makan terlalu banyak. Apabila makan terlalu banyak mungkin badan di kita menjadi panas.Di sini, saya ingin berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan panas badan.Antaranya ialah

.

Petua Cara Menghilangkan Panas Badan Makan Durian

1. Ambil buah belimbing dan dikisarkan bersama-sama sedikit air.Kemudian tapis airnya sebelum diminum.Boleh juga meminum sekali dengan serat-seratnya.

2. Ambil pangsa buah durian,kemudian tuangkan air ke dalam pangsa tersebut dan minum.

3. Makan buah manggis kerana buah manggis boleh menyejukkan badan.

4. Ambil beberapa pucuk daun teh dan bersihkan.Kemudian kerngkan pucuk teh tadi.Setelah kering kisarkannya pula.Selepas itu anda rendamkannya pula ke dalam air panas selama beberapa minit.Akhir sekali minum air tersebut perlahan-lahan.

Petua ini boleh juga digunakan pada sesiapa yang demam.Mungkin dengan cara ini dapatlah anda semua mengatasi masalah panas badan.

Admin: Terima kasih En. Rujhan di atas kiriman petua cara menghilangkan panas badan makan durian ini :D

P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menjernihkan minyak masak. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Comments

  1. gloryatie says

    kalau citer pasal durian, huh takyah citer. makan tak ingat dunia. tapi setakat ni memang tak pernah panas badan. sampai semua orang heran. kalau tengok saya melatak, semua ingat confirm pasni demam panas. tapi Alhamdulillah okla. selalu umi saya pesan, kalau makan durian minum air dalam paksanya seperti petua kat atas tu. selain tu kalau dah terkena panas badan tu apa lagi carilah air cap badak. confirm neutral balik (#,~)

    • Petua Emak says

      Patutlah tak panas, sebab minum air pangsanya… itulah yg cool downkan tubuh kita….
      saya pun selalu makan durian, mesti minum air pangsanya….
      mmg tak pernah panas badan… :D

  2. says

    pelik juga bila org citer pasal panas, aku makan durian banyak xder pon rasa panas, biasa jer, ader juga org kata minum kopi atau neskafe sesuai utk study dan berjaga malam, aku minum aku rasa biasa jer, tido jugak, ermmm…

    • Petua Emak says

      Setiap org ketahanan tubuh nyee berbeza…….
      kalo tubuh mantappp dan power mcm bro….
      so tak de ape-ape la kot….. :D

  3. azrie amriey says

    Selain minum air badak, boleh jugak minum air 100 plus… mmg bagus utk sejukkan badan… klau demam pun, bagus minum 100 plus