Petua Cara Menghilangkan Kutu Rambut


.
Petua ini kiriman Cik Nor ‘Izzah (‘Izzah) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah

Tahukah anda??? Kutu adalah sejenis binatang parasit penghisap darah yang biasanya hidup di atas kepala. Dalam sehari,seekor kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur!!! Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Jadi disini,saye ingin kongsikan tips untuk menghilangkan kutu…:)
.

Petua Cara Menghilangkan Kutu Rambut

Campur beberapa senduk minyak kayu putih dengan air limau nipis. Gunakan campuran tersebut untuk membasahi rambut dan urut kepala selepas itu,ramas-ramas rambut anda selama beberapa minit. Tutup kepala,dengan penutup kepala dan biarkan ia bertindak selama 1 jam.

Kemudian,bilas rambut sehingga bersih.Sikat rambut dengan sikat kutu untuk membersihkan telur-telur yang masih melekat.
Ulangi beberapa kali dalam seminggu sehingga anda benar-benar bebas kutu.

Insyaallah dgn kehendaknya,anda akan bebas dari kutu. Selamat Mencuba!

Admin: Terima kasih Cik Izzah atas kiriman petua cara menghilangkan kutu rambut ini :D

P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan panas badan dari makan durian. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja

Facebook Comments

comments

Comments

  1. Mohd Rujhan says

    petua tambahan, ambil beberapa ulas bawang putih,buangkan kulit,tumbuk hingga lumat.Kemudian campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut.Akhir sekali,balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci…

  2. Adif Fida says

    minyak kayu putih tu camne ek???
    klu tak nak rambut tu ade kutu….sila elakkan berkongsi sikat rambut dgn kawan2 yer..bukan kedekut…tapi bukan ke lbh elok mencegah drpd merawat kan??? Mmg haru kalau rambut ade kutu…asyik tergaru-garu jek….

  3. says

    cik cinta tak tahu nk ckp apa..rasa mau jer garu2 brkali2 hee..

    ada ckp minyak tanah..haa tpi jgn bakar rmbut dah ar..berkesan gak sb dulu penah guna masa tu berjangkita dn kwn satu sekolh tadka mana ada pakai tudung kepala heee.

  4. gloryatie says

    selain tu boleh try guna ubat gegat. tumbuk halus dan campur minyak kelapa. lumur ke seluruh kepala dan balut. lepas 15 minit bilas bersih. paling senang nak elakkan rambut dari berkutu lebih2 lagi yang rambut panjang tu, cuci rambut bersih2 tiap2 hari dengan syampoo yang sesuai. (*,~)

  5. ibudhira says

    kecik2 dulu pun pernah kena jangkitan kutu nih..mak lumur minyak tanah kat kepala..pastu balut ngn towel putih..sejam pastu bukak balutan…tgk2 kutu2 dh melekat kat towel..so apa lagi..ketis la dgn kuku..eee..naik bulu roma..

  6. azrie amriey says

    Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.