
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Riza. Masalah kolesterol dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah jantung yang membawa kepada kematian. Sungguh menakutkan. Oleh itu, Kak Riza ingin berkongsi cara menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi dari pengalaman suaminya. Jom kita baca dan amalkan tips yang diberikan oleh Kak Riza.
.
Cara Menurunkan Kolesterol & Tekanan Darah Tinggi Dgn Cuka Kurma
Bila Kak Riza terbaca artikel Hairul berkenaan Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma, kak Riza teringat pasal cuka kurma. Kak Riza nak bercerita tentang khasiat cuka kurma dari pengalaman suami Kak Riza sendiri. Kak Riza akui cuka kurma memang terbukti berkhasiat dan cara alternatif menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Ini kisah benar. Suatu ketika dulu, suami kak riza disahkan doktor mempunyai kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi. Doktor pun berikan dia ubat untuk masalah kolesterol tinggi. Jadi suami kak riza perlu makan ubat kolesterol yang doktor bagi. Pada masa yang sama kak Riza suruh dia minum cuka kurma (kadang-kadang ganti cuka epal/epal cider).
Selepas beberapa minggu dia minum cuka kurma ni (2 kali sehari), bila doktor check semula, kolesterolnya dah turun. Yang pasti dia tak makan ubat doktor bagi tu. Jadi bolehlah dibuat kesimpulan, cuka kurma/ cuka epal ini, cara alternatif menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi. Alhamdulillah, kita ada alternatif lain, tidaklah bergantung kepada ubat moden saja. Kak Riza sekadar berkongsi pengalaman, kalau nak cuba, apa salahnya…
Mesti ramai yang tidak kenal cuka kurma. Dibawah ini gambar cuka kurma.

Hairul.Com: Terima kasih Kak Riza kerana sudi berkongsi tips cara menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi dari pengalaman keluarga. Semoga tips ini dapat membantu

















baru pertama kali puteri tau ada cuka kurma sebelum ni tau cuka epal je
Mmg susah nak jumpa cik puteri… saya pernah rasa sekali jee masa kakak saya bawa dari perak…
kalau tak silap ada aku nampak orang jual cuka kurma ni kat kantin sekolah
harganya tak tau la pulak berapa
Boleh order dengan bro tehr nie..
Ada juga saya terbaca. Saya amalkan memakan oat untuk bersarapan satu cara menurun dan mengawal kolestrol. Oat ibarat span yang menyerap lemak-lemak sepanjang saluran penghadaman.
Terima kasih bro akubiomed atas tips tu.. Mmg bagus makan oat pada waktu sarapan spt kata akubiomed..
As Salam..shiela nak tanye ckit la….kat mane leh dptkan cuka kurma ni ye..? sbb suami saya ade kolestrol sama cerita gan akk Riza tu..puas cari ubat tuk dye..suami selalu mengadu sakit dada..risau sangat2..plzz..tolong ye..
wsalam. saya pun kurang pasti.. kena rajin bertanya kedai2..
Salam Shiela, kak Riza simpati dengan Shiela. Sakit dada ni kena bertindak segera. Cuba cari cuka kurma/cuka epal ni tempat Rawatan Islam atau di Pasaraya kendalian India Muslim. Kalau di kawasan kak Riza, tempat-tempat ni InsyaAllah ada cuka ni. Sebenarnya cuka kurma atau Khall ni adalah sunnah nabi kita. Good Luck to you.
waalaikumsalam..kak Riza, terima kaseh ye..tu la..shiela nak sgt dapatkan ubat ni..shiela try cari tmpt2 akk ckap tu..sbb doktor dah x bagi sudah hubby makan ubat kolestrol coz takot jangkitan bengkak di Hati pula..shiela nak minta bantuan rakan2 di sini klu2 ade jumpa ubat Cuka Kurma ni boleh la msj @ call shiela yea..017-7883587 ek..TQ..
Hairul, ok thanks for your info..nti shiela try tanya2 kt kedai2 ubat..
Semoga berjaya jumpa kak shiela..
Waalaikumsalam, Saya kakak Hairul Hissam. Cuka kurma boleh didapati kat kiosk jual ubat. Kalau kat Johor Bahru, ada jual kat Kipmart Skudai(tempat jual buah kurma). Tempat lain yg jual ialah kat Smart (sebelah Carrefour). Tempat lain ialah di semua R&R Plus utara selatan. Tempat lain tak sure pulak, sebab saya tinggal di Negeri Perak, tapi bila balik johor, mmg saya nampak banyak kedai ubat & kiosk jual cuka kurma ni.
Ada banyak jenama bergantung pada kepekatan asid dan cara proses. Yg terbaik adalah jenama Minap. Selain tu ada jenama Sahara & Fars. Yg terbaik adalah kandungan asid yg tinggi.
Harga jualan antara RM17-25 (600ml) ikut jenama & cara prosesnya. Selain dari minum terus, cuka kurma juga boleh digunakn utk masak (suami saya selalu buat) ataupun buat bahan perap utk daging atau ayam.
Terima kasih kak long atas info tu… ada jual kat smart rupanya.. tak perasan pula sbb tak pernah mencari cuka kurma nie.. tqvm…:D
assalamualaikum..
saya tertarik dengan artikel ni. terasa ada nak menambah sikit. cuka kurma juga dikenali sbg KHAL. tak ramai orang yang amalkan cuka kurma, sebab belum sedar khasiatnya. nak jumpa kat kedai2 pun susah kan. boleh beli dgn call 09-7651984…
Wsalam.. Mmg bagus cuka kurma ini..untuk kesihatan…