Cara menghilangkan rasa tension, risau dan bimbang dalam Islam Part 1

bimbang

Pernahkah mengalami rasa tension, risau dan bimbang?. Semua orang pasti pernah merasainya. Bagi pelajar risau dengan keputusan peperiksaan atau temuduga kerjanya. Bagi mereka yang bekerja pula, risau dengan kerenah bos, masalah kerja dan sebagainya. Manakala ibu bapa pula, risau dengan anak-anak, masalah kewangan dan sebagainya. Tentunya anda tidak mahu kebimbangan ini terus menghantui diri anda.

Sebenarnya Islam telah memberi panduan yang cukup baik dalam menangani masalah ini. Salah satunya ialah prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam Islam. Sebenarnya prinsip ini menjadikan hati kita lebih tenang dan pemikiran kita lebih fokus. So jika anda terasa sangat tension dan bimbang, ia satu signal “Oh aku sebenarnya tidak amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam diri aku”

Pada saya, prinsip ini adalah cara terbaik menghilangkan rasa tension, risau dan bimbang. Secara ringkas prinsip ini memerlukan kita berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja. Selepas berusaha kita berdoa memohon bantuan dari Allah s.w.t. Seterusnya kita berserah dan redha pada ketentuan Allah. s.w.t.

Ini bermakna selepas kita berusaha, kita tidak perlu lagi memikirkan sangat hasilnya. Kita lebih bersikap positif, “Aku dah buat yang terbaik untuk kerja ini, terserahlah kepada Allah s.w.t. menentukan apa yang terbaik buat diriku” Ini membuatkan hati kita lebih tenang. Barulah fikiran dan emosi kita lebih fokus untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk kerja yang lain pula.

Dan apa jua hasilnya samada baik atau buruk, kita redha. Kita yakin bahawa segala ketentuan Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Kita yakin Allah s.w.t maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Dengan ini, apabila hasilnya kurang baik, kita tidaklah keluh dan kesah. Kita tidaklah tension yang melemahkan semangat kita. Malah kita lebih bersemangat untuk terus berusaha, memperbaiki dan buat yang lebih baik

Jadi selepas ini, apabila anda terasa sangat risau atau bimbang. Ia sebenarnya satu signal. Satu signal menunjukkan anda tidak mengamalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam kehidupan anda. Oleh itu, kita bertanggungjawab mendidiklah diri kita dan keluarga kita dengan prinsip ini. Barulah kehidupan kita lebih tenang dan ceria dan bahagia. Nasihat ini juga ditujukan pada diri saya yang serba kekurangan. Nantikan artikel Part 2 ya :D



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    Yang penting usaha bersungguh dulu pas tu baru la bertawakal…kalau usaha kureng tp nak hasil lebih mana nak jadi kan bro…

    • Hairul Hissam says

      Benar tu En Yas.. Usaha tu sangat penting. Kena usaha bersungguh-sungguh dulu, barulah bertawakal.. :D

  2. Pyna says

    Sy sangat setuju dgn apa yg ditulis dlm artikel ini. Setelah berusaha sehabis baik dan berdoa kita perlu bertawakal dan redha dgn apa yg Allah tentukan buat kita kerana Allah adalah perancang yg terbaik utk kita kerana kita tak tahu apa sbnrnya yg terbaik utk diri kita…