
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Riza. Memang ramai rakyat Malaysia tidak mengira usia menghidapi penyakit kencing manis. Dan ada diantaranya membawa kepada kematian. Sungguh menakutkan. Oleh itu sangat bijak mencegah penyakit kencing manis dari sekarang. Jom kita baca dan amalkan petua dari Kak Riza
.
Cara Mencegah Kencing Manis Sebelum Terlambat
Emak kak Riza meninggal kerana kencing manis. Jadi kak Riza tak nak keadaan ni terjadi pada kak Riza dan juga pada Hairul dan pada pembaca blog ni. Orang tua kata, ’Mencegah lebih baik dari mengubati’. Inilah cara terbaik yang digalakkan oleh Islam. Cara mencegah kecing manis ini amat mudah.
Makanan harian orang Melayu kita ialah nasi. Inilah salah satu penyebab kepada penyakit kencing manis. Sebab Kak Riza perhatikan, ada seorang saudara jauh Kak Riza yang lanjut usia, tapi masih sihat. Amalan dia, makan nasi sikit sahaja pada waktu tengahari. Badan dia mantain je, tak gemuk. Penyakit pun tak da. Sihat sehingga sekarang walaupu usianya telah lanjut. Dari situ kak riza lihat keburukan makan nasi pada kuantiti yang banyak.
Petua cara mencegah penyakit kencing manis kak Riza mudah sahaja. Makan nasi sikit masa tengah hari. Manakala pada waktu malam pula jangan makan nasi langsung. Kalau nak makan juga nasi, makan nasi sebelum maghrib, itu pun sikit je. Rasionalnya, nasi mengandungi karbohidrat dan gula kompleks yang tinggi. Kalau tak digunakan oleh badan gula kompleks ini akan diproses menjadi gula ringkas. Lama-lama bertimbun dalam darah, menyebabkan penyakit kencing manis (diabetes). Jadi, beringatlah sebelum kena.
Hairul.com: Terima kasih Kak Riza kerana sudi mengirimkan petua cara mencegah penyakit kencing manis. Ingat nasihat Kak Riza, beringatlah sebelum kena…

















Nasi memanglah pantang kepada pengidap kencing manis. Petua berhenti sebelum kenyang.
eh.. saya baru je post artikel nie.. bro dah komen.. cepat betul…
betul kata bro akubiomed…berhenti sebelum kenyang antara cara mencegah pelbagai penyakit.. tqvm bro..
Nasi juga menjadi makanan terlarang bg pesakit kanser
itu sbb orang berpenyakit menggunakan beras herba pony
kurang gula dan kolestrol..
Tq brother sharing utk semua.. kami sesekali makan nasi
waktu mlm..
Ternyata, nasi ini kurang baik utk kesihatan.. Amat bijak mengurangkannya. Terima kasih kak nora atas perkongsian tu..
sebenarnya bukan sahaja nasi..malah dua keping roti pun boleh diibarat sepinggan nasi. Itu kata doktor yang merawat ayah puteri.
Apa sahaja makanan yang berkarbohidrat tinggi perlu dikawal pengambilannya. Bukan bermaksud tidak boleh makan, tapi makan dalam kuantiti yang sedikit bersesuaian dengan aktiviti seharian kita.
Yang penting makan secara seimbang, minum air secukupnya dan bersenam. ^_^
Benar kata cik puteri, yg penting kurangkan mengikut keperluan harian kita dan gantikan dgn makanan yg lebih berkhasiat dan mudah dihadam oleh tubuh kita ..
erk sb nasi hee.. kluga sy slu amalkan blh ubah cara pemakanan gula, mkn di kurgkan manis2.. mmg mak ayah ada pykit tu sllu tgok depa mkn sblm mgrib ..anak2 klu blik melaka dh terikut.
sy selalu amik oat jer bro heee…mesti take note
Bagus tu cik suri.. kurangkan makan manis2 dan tambahkan manisan dlm senyuman .. bagus juga makan oat tu
…
apa yang penting bersederhana
bila berlebihan, banyak penyakit yang akan datang
Betul tu bro bersederhana dlm segala aspek kehidupan membuatkan hidup kita lebih sihat dan bahagia…