Cara membuat Aiskrim goreng panas di pagi raya

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

.

aiskrim goreng

Hidangan pencuci mulut lazat. Aiskrim digoreng dengan minyak. Biar betul? Teringat lagi suatu ketika dulu, seorang rakan dipejabat menceritakan bagaimana dia mengoreng aiskrim di atas kuali. Punya la beria-ria dia menceritakan. Dari awal hingga siap. Memang bersemangat he.he.he.. Tapi dalam hati saya, ‘Betul ke si Amelia nie, tapi takkan Lab Manager nak tipu aku’. Yelah aiskrim digoreng, tak cair ker? walaupun disalut dengan tepung ker, apa ker. Mission impossible.

Dan masih sukar saya percayai sehinggalah saya membuat sendiri, dessert menu hotel 5 star ini. Masa nak goreng tu, takut-takut juga. Yelah kalau air dicurah pada minyak panas, mau melompat kita dibuatnya. Dan hasilnya. jeng. jeng. jeng.  Memang betul la, aiskrim boleh digoreng. Dan ia sama seperti kita mengoreng ikan atau ayam. Dan hasilnya,  fuh.. kelazatannya lain dari yang lain..

Rasanya panas diluar, sejuk di dalam. Walaupun kulitnya telah digoreng, didalamnya masih tetap aiskrim. Dan rasanya berlainan dari masakan yang pernah saya cuba.  Sesuatu pengalaman yang baru. Kepada mereka yang belum mencuba resepi pencuci mulut ini, boleh membuatnya sendiri. Ia tersangatlah mudah. Jom kita lihat videonya yang dihasilkan oleh saya sendiri. (Dialu-alukan share video dibawah :D )

~


Dialu-alukan share video diatas.. tq ya.. :D

Info Tambahan

Dah tonton videonya. Senang bukan membuat. Sebelum membuatnya, baca dulu info tambahan

1. Cornflake yang digunakan boleh dibeli dipasaraya. Alaa conflake yang dimakan dengan susu tu. Saya menghancurkannya dengan lesung. Tapi pastikan lesungnya benar-benar kering.  Anda juga memasukkan ke dalam plastik dan menghancurkannya dengan tangan. Boleh juga ambil tukul dan ketuk. Janji hancur..he.he.he. Yang penting cornflake kena benar-benar hancur sebelum digunakan.

2. Semasa menggoreng. Pastikan minyak telah benar-benar panas, barulah keluarkan aiskrim yang disalut dari freezer. Dan berhati-hati ketika meletakkannya ke dalam minyak panas. Kalau tangan dah kebal, bolehlah guna cara saya dalam video tu..he.he.he.. Elok masukkan aiskrimnya dari tepi kuali.

3. Anda perlu menggorengnya sekejap sahaja. Tidak sampai satu minit, terbalikkan. Dan tidak sampai satu minit boleh diangkat. Lapisan luarnya cepat dimasak.

Kalau anda dah cuba dan berjaya. Kongsilah pengalaman anda melalui komen dibawah ini.  Anda juga dialu-alukan untuk share dengan rakan anda melalui button share dibawah ini.  Selamat menikmati aiskrim gereng panas.

NANTI DULU. Jangan lupa dapatkan Resepi PERCUMA best lagi dari saya dibawah:

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D








Posted on 02 Sep 2010 - Visited 47592 times, 98 so far today    94 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

94 Responses to "Cara membuat Aiskrim goreng panas di pagi raya"

  1. NaMo says:

    Wah, resepi baru ni… bleh la buat utk raya nanti… Anak buah ramai, mesti laku kalau jual sebab diorang banyak duit raya. hahaha…

    • Hairul Hissam says:

      bagus gak tu collect balik duit raya…he.he.he :D
      tapi lepas masak kena cepat-cepat makan…
      kalo tak aiskrimnya cair meleleh keluar..

  2. Peja says:

    sodap sodap… best best… jadik jadik… fuiyoooooo

  3. mommy icha says:

    SALAM… MENARIK NI. SAYA NAK SHARE DI BLOG SAYA EH? I GV CREDIT TO URS (^_^). AND OF COURSE… AKAN DIBUAT!! SUKANYA1

  4. linah says:

    Salam, bolehlah rasa aiskrim goreng hari raya ni.

  5. bluedianthus says:

    Wah, best ni boleh cuba lepas ni..hehe..:)
    p/s: Dah jadi dah linkwithin tu..tahniah Hairul..

  6. safwan says:

    sy x pernah try makan lg,,,,mn nk cari???

  7. mekar says:

    Wah..menarik la blog saudara ni. Siap ada video lagi. terima kasih atas info yg diberi.
    Mekar nak tanya. ada jual ker e-book “cara2 buat desert”? Mekar berminat. Saya link blog sdra di blog mekar ya?

  8. Suzanna says:

    Hmmm… Nampak sedap dan ringkas jer nak buat resipi ni….
    Mesti sedap… Hari ni jugak saya nak cuba buat..

    Terima kasih banyak2… Nanti saya nak dapatkan jugak semua ebook yg ada kat sini…

  9. azura says:

    wah best..tq en hairul

  10. mohdzuhir says:

    mmmmm…..resipi baru.. mmg mengancam… yummy..tq mr. hairul

  11. sanwira says:

    wowww..bestnya, tak sabar rasanya nak cuba buat sendiri

  12. Nor says:

    Akhirnya, trjumpa jg cara nk buat aiskrim goreng nie.
    Tq Hairul. Saya dh share link blog Hairul nie kt fb.

  13. nor hasliza says:

    salam…trm kasih krn sudi sharekann resepi ais krim goreng…mcm best xsbr nak cuber. nak tahu bleh x klu conflakes hancur kiter tkr dgn serbuk roti…TQ

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam… saya tak pernah try lagi guna breadcrumb..
      tapi sepatutnya memang boleh sebab ada lapisan telur….
      dan serbuk breadcrumb cepat masak… selamat mencuba…… :D

  14. miura says:

    klu tak nak celup ngan telur boleh tak….geli jer nak makan ader telur….tak der benda lain ker boleh celup untuk wat aiskrim goreng…

  15. zara says:

    saya berminat nak try…tapi tak boleh bukak kat pc company saya sbb dah di block by my boss so ada cara lain tak saya nak dapatkan resepi ini…sebab kat website awak takda pun…harap dapat beri bantuan…TQ

    • Hairul Hissam says:

      Mungkin office Cik Zara block video dari youtube.
      satu je solution. Cik zara pergi ke cybercafe dan tonton disana..
      tak rugi cik zara luangkan sedikit masa di cybercafe… berbaloi.. :D

  16. khatijah says:

    macamana cara nk beli kit tu melalui pos..harganya berapa

  17. mamaji says:

    tqvm hairul. anak2 dan se isi famili memang sgt suka makan aiskrim goreng ni. sekarang xyah nak orde kt kedai makan lg. buat sendiri lg sedap & puas dpt makan banyak.

    • Hairul Hissam says:

      Memang benar tu mamaji . Anak2 memang suka aiskrim goreng…
      kalo buat sendiri, tentu lebih puas hati… tq ya :D

  18. cikgu alya says:

    sebelum ni I pernah cuba buat ais-krim goreng versi lain. kali ni nak cuba resepi chef hairul la plak… nanti boleh ajar kat student I…tqvm.

    • Hairul Hissam says:

      Kalo tak keberatan cikgu alya,
      citer la ckit aiskrim goreng versi cikgu alya..
      mesti lebih sedap dari Cikgu Alya..

      p/s: segan plak dipanggil chef.. panggil hairul je.. :D

  19. ani says:

    sedap…..tak terkata……sekali rasa nak berkali-kali

  20. tina says:

    cam tu ker?slalu mkan kat kdai jer, dia letak strawbery sous.kali ni bleh try…menarik nih!

  21. akhirnya jumpa gak resipi ice cream goreng ni..sedap tul…

  22. fizyaa says:

    emmm…..cedapnye…nk try la…dh la tgh puasa ni..hehe

  23. Roslina Bumpin says:

    Dah lama saya buka vedio ini, tapi belum mencubanya lagi. Nah Ramadhan ni akan saya cuba. Harap-harap menjadi.

    • Hairul Hissam says:

      Kalau nak buat buka puasa, kena masak time nak buka… kalo tak cair….. selamat mencuba ya cik roslina :D ..

  24. naja says:

    nmpk senang ley try nie… hehee

  25. titan says:

    hehe..boleh cuba nih. :)

  26. sartika says:

    wah.. bru plak sy dgar rspi ni tau.. pas ni nak cuba lah, nak cuba ice cream coklat, msti lg sodap kan…?

    • Hairul Hissam says:

      Selamat mencuba cik sartika.. mmg special resepinya…
      kalo kena ngan ice cream coklat.. saya memang suka :D

  27. adele says:

    wah,machonya suara tuan blog ni..sesuai..sesuai..

    mudah je nak buatkan? boleh lah cuba nnt.. :D

    • Hairul Hissam says:

      oh ye ke… tima kasih la…ha.ha.ha..
      memang mudah membuatnya.. cuma makan masa – kena tunggu ia beku baru boleh digorang..

  28. shahraduan says:

    Kecairan selepas masak tu agaknya berapa lama?

  29. amira hidayah says:

    interesting n nice . senang pun senang . i’ll try ! hopefully jadilah. :D

    • Hairul Hissam says:

      selamat mencuba cik amira… insyaAllah menjadik jika follow betul2.. cuma time masak tu je la kena cepat dan pantas.. :D

  30. amalia says:

    klu tuka cornflake ngan nestum or oat bley x?

  31. lynna says:

    thanx for sharing.. dh lma lynna cari resepi yg mudah dan sedap utk buat aiskrim goreng ni.. lynna slama ni buat kulitnya guna roti..lepas tu, kepilkan guna acu kuih karipap.. tp selalu fail.. thanx once again ye… mau try for raya.. ^__^

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali cik Lynna. menarik juga guna kulit roti tu..
      mungkin boleh diperbaiki lagi teknik guna roti tu, baru menjadi kot.. :D
      selamat mencuba resepi saya pula ya cik lynna :D

  32. Kak Mala says:

    Dik,tak boleh buka vedio ni, macam mana nak tgk.Tlg hantar vedio dekat kak melalui email,boleh tak.Kesian kak ni,duduk jauh di pendalaman kot,line pun tak bagus.Boleh ye…

    • Hairul Hissam says:

      Maafkan saya kak. Bukannya tak kesian :D . videonya besar, sukar dihantar melalui email.
      Mungkin sebab lambat loading. So akak klik button play dan biarkan samapi ia main habis dan kemudian replay semula…

  33. suri says:

    menarik utk d cuba hee….

  34. suri says:

    erk ..blog hairul ni isyh2.. blog masak2 hee..nice

  35. MakanBudok says:

    Salam..
    Bro ak nk tnye la pasal video tu..
    Klu telur tu aku pukul dengan menda lain buleh tk?
    Dan 1 lg klu aiskrim tu aku scoop pkai ice cream scoop leh tk??

  36. nur says:

    Salam…ada tak resepi dessert special utk breakfast?

  37. Farhana says:

    Mmg sedap pn aiskrim goreng ni…sy pn mmg niaga ni skrg tpi ambk kt org lh bkn buat sndiri….:)…mmg laku trutama pd bdk2 n remaja……yg sy jual cuma Di balut gan roti gardenia je….rangup di luar sejuk di dalam……:)

  38. yan says:

    mcm best sy nak cube….

  39. ok boleh saya cuba

    tg see yuo …..

  40. Tengku zarin says:

    salam..nak tanya..sauce yg warna merah tu nak buat mcm mana eih,,tq

  41. alia says:

    saya cuba….senang…tp yg penting sedappppp

  42. nura8001 says:

    Wah…wah… teruja tgk resepi ni…. pernah buat tp guna resepi yg lain. yg sya buat tu aiskrim dibungkus dgn roti pas tu golekkan dlm terus n terus goreng… tp aiskrim dlmnya jd cair…. nnt try resepi ni ye…

    • Hairul Hissam says:

      Oh yg nie lain sikit…
      tapi aiskrim kalo goreng mmg la cair.. so kena cepat2…
      keluarkan dari peti ais terus goreng… :D

  43. nur aqilah says:

    ermmm cdap2..
    nanti nk try wt snang jek nie…

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.